20140619-234839-85719842.jpg

Di sini saya akan mengajar anda cara-cara untuk membina sebuah quadcopter. Sesuai dengan namanya, sesebuah quadcopter mempunyai empat bilah dan empat buah motor. Merujuk kepada gambarajah di atas, motor-motor ini disambungkan kepada empat buah Electronic Speed Controller (ESC), sebuah flight controller, sebuah receiver (remote control receiver), power distribution module dan sebuah bateri.

Bagi memudahkan kefahaman, kita akan cuba membina dahulu quadcopter ini. Konsep penerbangan, persamaan matematik dan lain-lain akan diterangkan di dalam episod yang seterusnya.

Peralatan-peralatan dan komponen-komponen yang anda perlukan adalah seperti yang di bawah.

Peralatan:

  1. Screwdriver ‘+’
  2. Playar
  3. Cable tie (bersaiz kecil, boleh didapati di kedai hardware berdekatan)

Bahan-bahan:

  1. Brushless Motor (4 unit)
  2. Electronic Speed Control, ESC (4 unit)
  3. Electronic Control Board (kita gunakan APM)
  4. Propeller/Bilah Kipas (2 unit jam + 2 unit arah lawan jam)
  5. Bateri Litihium-Polymer / Li-Po (1 Unit)
  6. Electronic Distribution Board
  7. Receiver (RX)
  8. Transmitter (TX)
  9. Body frame / Kerangka

Langkah 1: Susun
Susunkan bahan-bahan membina quadcopter supaya anda dapat ‘feel’. Letakkan Brushless Motor, ESC, APM, Propeller, Distribution Board dan Bateri di tempatnya.

20140619-183616-66976254.jpg

Langkah 2: Sambung wayar
Sambungkan kesemuanya. Pastikan polar positif dan negatif disambungkan dengan betul pada distribution board. Pastikan wayar signal APM disambungkan dengan betul pada ESC.

20140619-200003-72003644.jpg

Arah Pusingan Propeller
Di dalam modul ini, kita menggunakan Quad-X setting. Perhatikan nombor yang dipaparkan di dalam gambarajah di bawah; propeller bernombor 1 dan 2 adalah berjenis pusingan ‘melawan arah jam/counter clockwise’, manakala propeller bernombor 3 dan 4 adalah berjenis pusingan ‘mengikut arah jam/clockwise’.

Arah Pusingan Propeller

Arah Pusingan Propeller

Sambungan Wayar Signal Output kepada Motor dari APM Flight Controller
Di dalam modul ini, kita menggunakan sebuah flight controller yang diberi nama APM, iaitu singkatan kepada Ardupilot Mega. Semenjak daripada versi APM 2, susunan pin signal output adalah konsisten seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah di bawah. Kiraan pin bermula dari kanan; Motor 1, Motor 2, Motor 3, Motor 4 dan seterusnya. Untuk module ini, kita menggunakan sehingga Motor 4.

Sambungkan kabel 3-pin dari ESC ke flight controller APM berlabel ‘OUTPUTS’ mengikut susunan yang ditunjukkan di dalam gambarajah.

Sususan Pin Signal Output Motor dari APM

Sususan Pin Signal Output Motor dari APM

20140630-224702-82022782.jpg

Sambungan kepada RX (receiver) Remote Control
Untuk mengawal sesebuah quadcopter, anda memerlukan Remote Controller (RC). Sesebuah RC mempunyai dua komponen, iaitu transmitter (dipanggil TX) dan receiver (dipanggil RX). Transmitter adalah remote control yang mempunyai tombol yang anda pegang dan kawal, manakala receiver dipasangkan kepada electronic board APM untuk menerima arahan anda.

Sesebuah RX mempunyai bilangan channel yang tersendiri mengikut keperluan. Bagi quadcopter, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 channel, supaya anda boleh melakukan gerakan asas seperti Tujahan (Throttle), Pusigan (Yaw), Mendongak (Pitch) dan Mengiring (Roll). Untuk APM, anda memerlukan satu lagi channel iaitu AUX 1, iaitu untuk mementukan Mod Penerbangan. Mod penerbangan ini penting sekiranya anda ingin melakukan penerbangan autopilot mengikut koordinat pilihan anda.

Seterusnya, sambungkan channel-channel dari module RX anda ke electronic board APM, mengikut gambarajah di bawah.

Sambungan modul RX ke APM

Sambungan modul RX ke APM

Nota sampingan:
Sebahagian RX menggunakan terma yang berbeza. Disenaraikan di bawah adalah terma alternatif yang mungkin berkait dengan RX anda.

Roll / Aileron / Mengiring Kiri-Kanan
Pitch / Elevator / Dongak Atas-Bawah
Throttle / Tujahan
Yaw / Rudder / Toleh Kiri-Kanan

Langkah 3: Pasang
Pasangkan kesemuanya pada kerangka! Gunakan cable tie untuk membuat kemasan.

20140619-200125-72085662.jpg
Langkah 4: Cross-check
Kita buat semakan. Sememangnya membina quadcopter adalah sesuatu yang mudah bukan?

Perhatikan sekarang, anda ada dua benda;
Pertama, quadcopter yang anda telah siap bina, dan
Kedua, Transmitter.

Ini bermakna anda sudah pun siap. Buat masa ini kita letak ke tepi dulu, kerana kita perlu buat setting pada electronic board.

Jumpa di episod yang seterusnya!

Advertisements