Modul::Quadcopter

Pengenalan Ringkas

Quadcopter adalah helikopter dengan empat motor/rotor, jadi ia juga dikenali sebagai “quadrotor”. Helikopter tradisional memerlukan banyak komponen mekanikal yang kompleks (sehinggakan bilah kipas pun perlu dikawal!), manakala bagi quadcopter ia cuma memerlukan empat motor dan empat bilah kipas untuk terbang. Rekabentuk quadcopter agak unik berbanding helikopter tradisional, yang mana dengan menggunakan empat rotor ia menjadi platform yang lebih stabil, pantas dan responsif berbanding helikopter tradisional.

Oleh kerana ia mampu untuk bergerak pantas di ruang-ruang yang sempit, penggunaan quadcopter adalah sangat ideal untuk tugas-tugas seperti pemantauan dan fotografi udara. Quadcopter juga menjadi sangat popular dalam penyelidikan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Membeli vs Membina

Membeli: Sekiranya anda hanya mahu menerbangkan quadcopter sebagai hobi, anda boleh membeli quadcopter dengan harga serendah RM 180 (WLToys 959) bagi sebuah quadcopter yang kecil.

Membina: Sekiranya anda seorang yang sukakan bidang teknikal (mungkin anda adalah pelajar jurusan Sains, atau seorang jurutera seperti saya, ataupun mempunyai hobi membuka dan memasang semula alat elektronik), saya mengesyorkan supaya anda bermula dengan kit ARF (Almost Ready to Fly) ataupun kit RTF (Ready to Fly).

Di dalam Modul Quadcopter yang anda sedang baca ini, saya akan memberikan fokus kepada konsep Science, Maths, Engineering and Technology (STEM) bagi pembinaan sesebuah quadcopter. Maknanya, anda akan bina quadcopter anda sendiri.

Sudah bersedia? Okay, kita mulakan dengan Episod 1:: Cara-cara Membina Quadcopter.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s