Intel ComputeStick: Komputer Dengan Windows 10 yang Hanya Sebesar Key-chain.

Baru-baru ini ipmart.com.my ada menjual Intel ComputeStick, sebuah komputer kecil sebesar mouse (RM 560.60, termasuk GST). Oleh kerana saya sudah mengikuti berita berkenaan Intel ComputeStick sejak pertengahan 2015, saya pun beli lah satu untuk digunakan bersama-sama dengan TV Panasonic Viera 2012.

IMG_1941

Intel ComputeStick ini sebesar sebuah mouse yang bersaiz biasa. Di tepinya ada terdapat satu USB port yang boleh di-expand dengan hub USB anda. Tapi buat masa ini saya cuma perlukan Wireless Mouse + Keyboard combo, oleh yang demikian, satu USB port pun sudah memadai.

IMG_1944

Di badan Intel ComputeStick ini ada satu exhaust fan kecil. Oleh yang demikian, pastikan ia boleh bernafas nanti di ruang belakang TV. Jangan diletakkan terlalu cramp di belakang TV.

IMG_1947

Ok, satu USB port ini saya gunakan untuk wireless mouse + keyboard combo.

IMG_1948

Set Intel ComputeStick ini didatangkan dengan USB power cable + plug. Boleh juga kalau nak sambungkan USB power tersebut ke TV, tapi untuk memastikan cukup Amperage (2 Amp diperlukan untuk dibekalkan ke ComputeStick, biasanya USB di TV membekalkan 1 Amp dan ke bawah) saya menggunakan power plug yang dibekalkan.

IMG_1950

Seterusnya, sambungkan Intel ComputeStick ke HDMI port di TV. Jangan risau, Male to Female extender dibekalkan sekali untuk memberi ruang kelegaan di belakang TV.

IMG_1951

Bagi memastikan aliran udara tidak di tutup di belakang TV, saya membuat susunan sepeti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Ini bagi mengelakkan ComputeStick tersebut panas. Tapi so far, ComputeStick ini tak lah panas mana. Steady je dia.

IMG_1954

Langkah terakhir, ON-kan sahaja TV & ComputeStick. Dongle USB ini cuma mengambil masa 8-10 saat untuk load Windows 10 (ia datang sekali dengan Windows 8 asalnya, saya baru upgrade ke Windows 10 sebab saya suka Windows 10).

Dengan menggunakan IntelStick ini saya boleh view YouTube, membaca email, membuat Powerpoint semasa saya outstation di mana-mana hotel yang saya menginap. It’s 2015, and now I have a keychain with Windows 10 in it.

Saya berharap post ini dapat membantu anda untuk memahami produk Intel ComputeStick. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Esram & Macha yang request saya untuk membuat post ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s