7 Pengajaran yang Saya Perolehi dari Pengalaman Membina Startup

  
Beberapa perkara yang saya pelajari daripada pengalaman projek startup saya (Ikon.my & Hadoko.com) dari tahun 2008-2012 saya kongsikan di sini.

  1. User/Customer cuma mahukan produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Spesifikasi server? PHP? MySQL? Node.js? Slack? Bagi customer, semua term-term teknologi adalah umpama screw & paku.
  2. Adalah kita menyelesaikan masalah user/customer? Adakah kita cuba menyelesaikan masalah yang tidak wujud di tempat kita?
  3. Pengiklanan blog sudah lama mati. Dulu pada awal 2003-2010, tak ramai yang mempunyai blog. Teknik SEO masih boleh dimanipulasi, Google Ads boleh memberikan pulangan sehingga RM 150,000 sebulan kepada blogger. Sekarang sangat jarang-jarang, kecuali kalau kita spam FB dengan blog yang tak memberi faedah. Kita membaca blog sekarang untuk mendapat value (nilai) dari pembacaan, bukan untuk membuang masa.
  4. Sejak dari mula projek, pastikan produk/servis tersebut adalah berbayar. Produk/Servis berkualiti mesti dibayar, bukan diberikan secara percuma. Contoh: Astro.
  5. Bina platform/produk yang memerlukan maintenance cost. Jangan bergantung kepada one-off payment. Contoh: Coway.
  6. Disrupt! Apakah servis yang sesebuah startup boleh selesaikan dengan cepat? Yang sangat anti-birokrasi? Kalau dulu nak pos surat mengambil masa sebulan, tapi sejak wujudnya startup seperti DHL/UPS pada satu masa dahulu, servis pos negara cepat-cepat menawarkan servis pos ekspress untuk melawan startup.
  7. Disrupt! Apakah penyelesaian yang lebih mudah yang kita boleh berikan? Yang mempunyai user interface yang lagi intuitif? Ingat, software is eating the world. Banyak pekerjaan pada masa dahulu yang sudah tidak wujud semenjak wujudnya komputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s