Kita dan stress

“We delight in the beauty of the butterfly, but rarely admit the changes it has gone through to achieve that beauty.” — Maya Angelou

Kadang-kadang kita stress tanpa disedari.

Ataupun, kita sukar untuk mengakui yang kita sedang stress.

Kadang-kadang kita perlukan seseorang yang rapat dengan kita untuk beritahu yang kita ni stress, sebab apabila kita stress, secara automatik hormon berubah, nada suara kita berubah, jatuh sakit, selsema, demam dan air muka kita tak ceria macam selalu.

Ubat kepada stress?

Pertama sekali, kita mengakui yang kita stress. Dan kita perlukan sokongan daripada orang-orang yang kita sayang untuk sentiasa berada di sisi kita semasa stress.

Kemudian, selesaikan semua perkara yang menyebabkan kita stress itu dengan berani dan tabah.

Lama-kelamaan, apabila perkara yang menyebabkan kita stress itu selesai, kita akan kembali gembira dan menjadi lebih matang & cantik.

Cantik & kuat, macam butterfly.

Advertisements