Taklimat UROVEC 2014 di Universiti Malaysia Terengganu

Hari ini saya dijemput sebagai Pakar Teknikal Zon Pantai Timur untuk Pertandingan Rekabentuk Robot Bawah Air 2014 (UROVEC, 2014). Pertandingan ini disertai oleh 28 sekolah menengah aliran Teknik dan Vokasional yang dibahagikan kepada empat zon:

  1. Zon Utara (untuk penyertaan dari Perak, Pulau Pinang, Perlis & Kedah),
  2. Zon Pantai Timur (untuk penyertaan dari Pahang, Terengganu & Kelantan)
  3. Zon Tengah (untuk penyertaan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka & Johor); and
  4. Zon Timur (untuk penyertaa dari Sabah & Sarawak)

Program ini adalah salah satu daripada Program Outreach yang saya sertai, kali ini dianjurkan oleh Ministry of Science and Technology (MOSTI), di bawah usaha National Oceanographic Directorate.

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini, buku panduan, video dan maklumat penting yang lain boleh didapati melalui link di ini: http://www.mynodc.gov.my/index.php?q=Pages/UROVEC14

Advertisements