Foto Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan, UMT dari Udara

Pagi tadi dalam jam 10.20am, saya dan Master’s degree student saya, Israr telah meluangkan masa untuk menjalankan maiden flight (penerbangan pertama) quadrotor drone yang kami develop sejak dari 2012 (TPM grant, UMT). Sesi berjalan lancar dalam keadaan angin yang tidak terlalu laju (mungkin next time saya perlu bawa anemometer untuk mengukur kelajuan angin).

2014-07-09 10.51.23

Bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan ini mempunyai 6 tingkat dengan ketinggian 24 meter. Oleh yang demikian, secara kasarnya kita boleh menganggarkan ketinggian penerbangan ini adalah setinggi +- 40 meter.

Spesifikasi quadrotor drone yang kami gunakan adalah seperti berikut:
1. Emax Brushless Motor 2213-935 KV
2. Emax 25A Electronic Speed Controller (ESC)
3. Emax 1045 propellers
4. Ardupilot Mega Flight Controller (APM) 2.0 (firmware V 3.15)
5. LiPo battery 2200 mAH
6. Frame X-type, 400 mm
7. Camera: GoPro Hero 3

Advertisements