Event: Fundamentals and Building of Quadrotor Drone Bersama UMT-Petrosains

Pada 3 Julai yang lepas, saya telah menyampaikan sebuah bengkel latihan yang diberi nama Fundamentals and Building of Quadrotor Drone. Event ini telah dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu, yang mana ia dihadiri oleh jemputan dari Petrosains dan ahli-ahli kumpulan penyelidikan saya iaitu Ocean Robotics & Optimization Group.

Bengkel Latihan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian, iaitu; pengenalan asas elektronik & robotik, pengenalan kepada konsep quadrotor drone dan amali pemasangan quadrotor drone.

Bengkel amali ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan di Universiti Malaysia Terengganu, dan mungkin pertama di Malaysia πŸ™‚

Setiap peserta diberikan peluang untuk menerbangkan sendiri model drone dan juga diberikan sijil penyertaan.

Ucapan terima kasih saya sampaikan kepada para peserta, iaitu; Petrosains Outreach Programmes Department Director, En Kamaruddin Kassim (KK), Cik Nurhidayah Nordin (Hani), En. Johan Shah Arif (Joe), Cik Tengku Hafidah Tengku Hussian, En. Ahmad Israr Ihsan Mainong dan Dr. Syibrah di atas penglibatan mereka di dalam bengkel latihan ini.

InsyaAllah, bengkel ini akan diperluaskan lagi mengikut demand kepada peserta-peserta bermula dari peringkat lepasan SPM, universiti dan masyarakat umum.

Advertisements