Ceramah Asas Robotik di SMK Padang Kemunting

Hari ini saya telah dijemput untuk datang ke SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu untuk menyampaikan ceramah berkenaan Asas Robotik. Seramai 60 orang pelajar di kalangan penuntut Sains Tulen dan Perakaunan hadir. Ceramah ini juga turut dibantu oleh dua orang pelajar pasca-siswazah saya, Ahmad Israr Ihsan Mainong dan Tengku Hafidah Tengku Hussien. Kami mengakhiri ceramah pendek ini dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk menerbangkan AR Drone di dalam perpustakaan SMK Padang Kemunting.

1532158_10152441362779419_5875493955666607925_n

Penerimaan para pelajar dan guru adalah sangat memberangsangkan. Kami sempat beramah mesra dengan guru Kaunseling, Cikgu Fadhlina, guru Fizik, Cikgu Fauziah dan guru bahasa, Cikgu Aida. Kami difahamkan bahawa Cikgu Fauziah adalah sangat aktif dengan aktiviti pertandingan rekacipta kreatif dan inovatif. Pada tahun lepas, SMK Padang Kemunting berjaya merangkul Johan di pertandingan Sains dengan produk mereka, Kereta Solar.

Pada tahun hadapan, SMK Padang Kamunting akan menyertai pertandingan robotik, insyaAllah kumpulan penyelidikan kami, Ocean Robotics Group akan memandu pelajar-pelajar ini dan berkongsi kepakaran semoga mereka berjaya di dalam pertandingan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s