12 tips pelbagai untuk penjimatan wang, kesihatan, pengendalian stress dan sebagainya

  1. Beli barang dapur di Mydin, Econsave, Tunas Manja atau emporium tempatan anda. Elakkan dari membeli di Giant. Anda akan jimat dua kali ganda.
  2. Beli rumah, elakkan dari menyewa.
  3. Kalau nak ke gym, pergilah berenang. Aktiviti berenang membakar lebih kalori daripada mengangkat besi berat.
  4. Beli solar panel. Anda boleh menjual tenaga elektrik lebihan rumah anda semula kepada Tenaga Nasional Berhad melalui skim FIT (Feed-in-Tariff).
  5. Beli voltage regulator dan UPS. TV flatscreen akan tahan lebih lama, jimat elektrik dan boleh mengelak daripada litar pintas akibat penggunaan elektrik berlebihan.
  6. Beli barang Panasonic sekiranya anda mahu air-cond dan mesin basuh yang jimat elektrik dan tahan lama. Jangan beli TV Panasonic dan Samsung. Untuk TV yang tahan lama, beli Toshiba.
  7. Tingkatkan pengambilan karbohidrat dan protein untuk pembentukan otot dan elak cepat lapar (cuba Shaklee ESP). elakkan daripada makanan segera (spt mee segera).
  8. Bersenam semasa di tempat kerja. Senaman mudah seperti push up, pull up dan regangan boleh menaikkan motivasi dan pick up anda.
  9. Jangan malu bertanya. Gunakan Google untuk bertanya, pasti jawapan anda sudah ada.
  10. Kalau urusan yang anda sedang siapkan nampak sangat kompleks prosedurnya, mesti ada cara yang lagi mudah.
  11. Bela kucing. Kucing boleh mengubati stress.
  12. Meletakkan kereta di tempat yang anda tak yakin keselamatannya untuk satu jangkamasa yang lama? Cabut bahagian penting, contohnya spark plug.
Advertisements