Penyelesaian kepada botol Medela with Suction Cup yang tak stabil.

Medela adalah salah satu daripada pengeluar pam susu yang berkualiti tinggi. Bagi satu pakej standard, Medela membekalkan botol, pam susu dan suction set. Walaupun ia tergolong di dalam pakej premium bagi para ibu, saya diberitahu oleh isteri saya bahawa botol yang dipasang suction set biasanya tidak stabil. Medela ada bottle holder, tapi ia tak termasuk di dalam set yang biasanya dipasarkan. Selalunya kalau baru siap pump, susu akan tumpah walau tersentuh sedikit suction cup tu. Menangislah para ibu time tu.

Me_11768143._medela-swing-maxi-double-breast-pump

Walaupun Medela ada bottle holder mereka, ia tak mudah didapati melalui pembelian online atau di kedai-kedai. Mungkin mereka tak perasan bahawa masalah susu tumpah ini adalah masalah yang real. Oleh yang demikian, sebagai seorang designer, saya perlu mengambil langkah pro-aktif untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun 3D printer saya masih lagi di dalam calibration stage.

2013-06-28 09.26.00

Mula-mula, saya menggunakan ProE (CAD software) untuk merekabentuk bottle holder. Saya buat ukuran diameter standard Medela bottle dan menjarakkan sedikit supaya suction set ada sedikit clearance.

Kemudian, model tersebut di save di dalam format .STL supaya boleh dibaca oleh ReplicatorG. ReplicatorG diperlukan untuk produce G-Code yang boleh difahami oleh 3D printer saya. Setelah siap, G-Code tersebut dihantar ke 3D printer untuk menjalani proses printing. Oh, saya letak engrave nama di atas produk ini untuk melihat sama ada 3D printer saya boleh mencetak nama di atas produk yang dihasilkan.

Keseluruhan proses design mengambil masa selama kurang dari 10 minit (saya memang dah biasa dengan ProE sejak 2004). Manakalau proses printing pula mengambil masa selama 4 jam. Saya menggunakan infill sebanyak 5% kerana model ini tak bergerak dan tak perlu terlalu lasak. Feedrate yang digunakan adalah 30mm/s, dengan suhu 230 C bagi menghasilkan lekatan plastik ABS yang stabil.

Hasilnya, sebuah platform bottle holder telah berjaya disiapkan. Saya dan isteri membuat beberapa cubaan menyiku suction cup untuk melihat sama ada botol ini mudah tumbang. Nampak gayanya platform ini sangat stabil bagi penggunaan biasa, yang mana ibu-ibu tertumpah susu sebab tersentuh suction cup tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s