Penyelesaian kepada botol Medela with Suction Cup yang tak stabil.

Medela adalah salah satu daripada pengeluar pam susu yang berkualiti tinggi. Bagi satu pakej standard, Medela membekalkan botol, pam susu dan suction set. Walaupun ia tergolong di dalam pakej premium bagi para ibu, saya diberitahu oleh isteri saya bahawa botol yang dipasang suction set biasanya tidak stabil. Medela ada bottle holder, tapi ia tak termasuk di dalam set yang biasanya dipasarkan. Selalunya kalau baru siap pump, susu akan tumpah walau tersentuh sedikit suction cup tu. Menangislah para ibu time tu.

Me_11768143._medela-swing-maxi-double-breast-pump

Walaupun Medela ada bottle holder mereka, ia tak mudah didapati melalui pembelian online atau di kedai-kedai. Mungkin mereka tak perasan bahawa masalah susu tumpah ini adalah masalah yang real. Oleh yang demikian, sebagai seorang designer, saya perlu mengambil langkah pro-aktif untuk menyelesaikan masalah ini. Lagipun 3D printer saya masih lagi di dalam calibration stage.

2013-06-28 09.26.00

Mula-mula, saya menggunakan ProE (CAD software) untuk merekabentuk bottle holder. Saya buat ukuran diameter standard Medela bottle dan menjarakkan sedikit supaya suction set ada sedikit clearance.

Kemudian, model tersebut di save di dalam format .STL supaya boleh dibaca oleh ReplicatorG. ReplicatorG diperlukan untuk produce G-Code yang boleh difahami oleh 3D printer saya. Setelah siap, G-Code tersebut dihantar ke 3D printer untuk menjalani proses printing. Oh, saya letak engrave nama di atas produk ini untuk melihat sama ada 3D printer saya boleh mencetak nama di atas produk yang dihasilkan.

Keseluruhan proses design mengambil masa selama kurang dari 10 minit (saya memang dah biasa dengan ProE sejak 2004). Manakalau proses printing pula mengambil masa selama 4 jam. Saya menggunakan infill sebanyak 5% kerana model ini tak bergerak dan tak perlu terlalu lasak. Feedrate yang digunakan adalah 30mm/s, dengan suhu 230 C bagi menghasilkan lekatan plastik ABS yang stabil.

Hasilnya, sebuah platform bottle holder telah berjaya disiapkan. Saya dan isteri membuat beberapa cubaan menyiku suction cup untuk melihat sama ada botol ini mudah tumbang. Nampak gayanya platform ini sangat stabil bagi penggunaan biasa, yang mana ibu-ibu tertumpah susu sebab tersentuh suction cup tersebut.

3D printer extruder making the ‘tick tick’ or ‘clunk clunk’ noise

For the people who are having problem with the extruder making the ‘tick tick’ or ‘clunk clunk’ noise, I locate below some of the solutions that might help you:

1. Look for response from Ben: http://support.makerbot.com/entries/22054217-Questions-about-replicator2-and-PLA
2. Right Extruder problem: http://support.makerbot.com/entries/21294982-Right-Extruder-Failure-Makes-clunk-clunk-clunk-sound-

Buat maintenance Mbot 3D Printer (Nozzle Tersumbat/Clogged)

Selepas 50 jam ber-3D printing, hari ini saya melakukan sedikit maintenance terhadap nozzle MK8 extruder. Apa yang saya perasan, nozzle di sebelah kanan ni tak berapa smooth flow ABS dia. Masa print tu, ada fenomena motor skipping, yang mana filamen masuk dengan ada bunyi ‘tap tap tap’. Secara normal, filamen sepatutnya masuk secara smooth dan steady.

20130624-094135.jpg

Tool yang digunakan untuk membuka:
1- allen-key saiz 2.5
2- spanner/wrench saiz 7mm

20130624-094913.jpg

Saya buka extruder dengan allen key, dan meletakkannya di atas printer. Kemudian, saya pre-heat nozzle kanan sehingga 230 C supaya ia mudah dibuka. Kemudian nozzle tu saya rendam dalam acetone, kerana print material saya adalah ABS.

20130624-095540.jpg

Sekejap je habuk ABS dah cair dan larut. Okay lepas ini saya akan dapatkan tolak keluar ABS yang tersekat di dalam nozzle, dan pasang semula unit ini. Harap-harapnya printing lepas ini akan smooth.

2013-06-25 09.52.10

Gambar di atas menunjukkan nozzle yang sudah direndam selama 24 jam. Saya tarik/tolak keluar ABS yang tertinggal di dalam nozzle, kemudian akhir sekali saya flos dengan wayar 0.25 mm.

Last sekali, lihat gambar di bawah, kita boleh nampak cahaya melepasi nozzle yang sudah bersih.

2013-06-25 10.00.28

Victory! Print saya sekarang boleh kata as smooth as silk!

Sebagai rujukan, saya lampirkan link-link berkait di bawah, semoga dapat membantu:
1 – Tips dan respon rasmi oleh MakerBot
2 – Cara-cara membuka extruder MakerBot
3 – Rendam dan flos nozzle