Pesanan kepada adik-adik, jangan jemu menyambung pelajaran.

Dulu masa saya belajar di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, ada seorang pensyarah yang gemar berkongsi pengalaman. Menurut beliau, melalui proses menyambung pelajaran, beliau dapat mengembara ke serata tempat.

Pada masa itu, minda kecil ini tidaklah dapat mencerna bagaimana dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi boleh membawa ke banyak tempat. Tapi memang betul kata pensyarah itu. Melalui proses menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Master, PhD dsb) saya berpeluang untuk ke Jepun, China, Eropah dan negara barat yang lain.

The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go.
~ Dr. Seuss

Advertisements