Fixed Mindset vs Growth Mindset

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Short post hari ini akan mengupas dua jenis mindset yang mungkin anda akan encounter di dalam kehidupan seharian. Ia relevan sama ada anda adalah pelajar, pekerja ataupun pesara di luar sana. Dua jenis mindset ini adalah ‘growth mindset’ dan ‘fixed mindset’.

Orang yang mempunyai growth mindset biasanya adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Mereka tidak takut kepada kegagalan dan berani untuk menghadapi situasi yang mencabar. Sekiranya orang yang mempunyai growth mindset ini menghadapi kesusahan, biasanya responnya adalah ‘saya sukakan cabaran’ ataupun ‘saya boleh’ ataupun ‘saya cuba sampai berjaya’.

Berlainan dengan orang yang mempunyai fixed mindset, mereka tidak sukakan perubahan. Mereka kelihatan seperti victim of the situation. Sekiranya diminta untuk membuat tugasan yang lain sedikit dari kebiasaan, mereka akan merungut sambil membuat tugasan tersebut. Hasilnya adalah ibarat menghidangkan makanan yang tidak masak, masih banyak yang perlu dibetulkan dek kerana membuat tugasan secara tidak bersungguh-sungguh.

Consider this situation: Para pembaca sedang travel bersama dua kawan, satu growth mindsetter dan satu fixed mindsetter. Kemudian para pembaca mendapati syarikat penerbangan yang sedang ditunggu didapati delay/lewat untuk lagi empat jam.

Apa yang mungkin akan terjadi?

Mungkin, dan saya emphasize perkataan mungkin, growth mindsetter akan sentiasa cool. Beliau mungkin akan pergi ke kaunter perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan mengapa penerbangan dilewatkan. Manakala, si fixed mindsetter ini pula akan marah-marah kepada syarikat penerbangan, dan melarat lalu marah-marah anda pula! Tidak perlu begitu bukan?

Kadang-kadang kita cuma perlu lari dari orang yang mempunyai tanda-tanda fixed mindset. Tapi manusia boleh berubah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi seorang growth mindsetter untuk dunia yang lebih tenang dan aman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s