A brief note about racism

Election season is around the corner. While it is evident that state-won by the opposition in 2008 could not deliver their manifesto, some of the points commonly raised by the outsiders to downplay the current gov’s achievement is racism.

Well, breaking news. Selection to universities and gov agencies nowadays is about meritocracy. If you’re are good, you’re in.

Anyway let’s educate ourselves on what is racism, shall we?

20130323-141959.jpg

Intro Kepada Penulisan Research Paper (Conference, Journal & Technical Paper)

2012-12-06 15.48.57-2

Salah satu daripada aktiviti pelajar-pelajar post-graduate (Master atau PhD) adalah menulis research paper. Ada bebeberapa kategori research paper, sebahagian daripadanya adalah; conference paper, journal paper dan technical paper.

Conference paper adalah a vehicle untuk para penyelidik dan saintis untuk berjumpa dan membentangkan hasil kerja mereka. Kertas kerja conference membentangkan penyelidikan yang sedang dijalankan, sedikit results dan plan untuk meng-extend-kan findings dalam research mereka. Biasanya para professor dan lecturers turun ke satu-satu conference untuk ber-mingle around dengan kawan-kawan tanpa merisaukan sangat tentang pembentangan. Setting conference pun relax. Yang penting, semua saintis dapat berjumpa, berbincang dan berkongsi cerita berkenaan dengan…sains! Of course sains! Okay, kadang-kadang golf, memancing dan mencandat sotong. Paling penting adalah untuk establish network among peers yang berlainan universiti atau industri. Conference paper diterbitkan dalam bentuk prosiding conference tersebut.

Journal paper boleh dilihat sebagai extension kepada conference paper. Formatnya kadang-kadang sama. Yang membezakan antara keduanya adalah ‘rigour’. Ya, rigour. Apa tu? Rigour ni bermaksud the in depth discussion on related literatures, methods, results and its impact. Ia tidaklah sesantai conference paper. Walaubagaimanapun, conference paper yang mempunyai rigour boleh di-upgrade terus kepada journal paper. Penulisan journal tu biasa saintis buat, cuma ada satu lagi topik hangat, “nak publish kat journal mana?”. Yes. Soalan bonus. Setiap research group ada journal favourite mereka. Apa-apa pun, di Malaysia, saintis kita mempunyai kecenderungan untuk menerbitkan journal paper mereka di journal yang diindeks oleh Scopus dan ISI Thomson. Selain daripada menjadi sumber citation, kedua-dua database ini digunakan untuk menilai performance seseorang saintis.

Kembar journal paper adalah Technical Paper. Journal paper diterbitkan oleh journal publisher, manakala technical paper diterbitkan oleh lab tempat saintis itu bekerja ataupun sebagai report penyelidikan. Beza technical paper dengan journal paper adalah indexing. Biasanya technical paper tidak diindeks oleh Scopus dan ISI Thomson. Panjang ceritanya, tapi dipendekkan cerita, journal publisher perlu membayar fee kepada Scopus dan ISI Thomson supaya journal mereka diindeks dan mendapat citation meluas dari segenap dunia. Fuh. Tapi jangan gusar, selagi technical paper itu bermanfaat dan memberikan significant contribution kepada scientific community, Google akan indeks-kan technical paper tersebut untuk mendapat citation yang meluas.

ProTip:

Apabila menulis research paper, jangan bermula daripada Abstract, Intro, Literature Review. Mulakan dengan Methods, Results, kemudian Literature Review, Intro, Conclusion barulah Abstract.

Sebelum menulis research paper, pastikan results dah ada.

Jangan risau berkenaan word processor. Kalau anda ada Word, gunalah Word. Kalau anda suka LaTeX, guna LaTeX. Saya suka guna Notepad. Cool kan? Hasilnya, ada la juga beberapa publications. Boleh semak di sini.

Okay itu saja hari ini. Wassalam!

Fixed Mindset vs Growth Mindset

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Short post hari ini akan mengupas dua jenis mindset yang mungkin anda akan encounter di dalam kehidupan seharian. Ia relevan sama ada anda adalah pelajar, pekerja ataupun pesara di luar sana. Dua jenis mindset ini adalah ‘growth mindset’ dan ‘fixed mindset’.

Orang yang mempunyai growth mindset biasanya adalah mereka yang sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diinginkan. Mereka tidak takut kepada kegagalan dan berani untuk menghadapi situasi yang mencabar. Sekiranya orang yang mempunyai growth mindset ini menghadapi kesusahan, biasanya responnya adalah ‘saya sukakan cabaran’ ataupun ‘saya boleh’ ataupun ‘saya cuba sampai berjaya’.

Berlainan dengan orang yang mempunyai fixed mindset, mereka tidak sukakan perubahan. Mereka kelihatan seperti victim of the situation. Sekiranya diminta untuk membuat tugasan yang lain sedikit dari kebiasaan, mereka akan merungut sambil membuat tugasan tersebut. Hasilnya adalah ibarat menghidangkan makanan yang tidak masak, masih banyak yang perlu dibetulkan dek kerana membuat tugasan secara tidak bersungguh-sungguh.

Consider this situation: Para pembaca sedang travel bersama dua kawan, satu growth mindsetter dan satu fixed mindsetter. Kemudian para pembaca mendapati syarikat penerbangan yang sedang ditunggu didapati delay/lewat untuk lagi empat jam.

Apa yang mungkin akan terjadi?

Mungkin, dan saya emphasize perkataan mungkin, growth mindsetter akan sentiasa cool. Beliau mungkin akan pergi ke kaunter perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat berkenaan mengapa penerbangan dilewatkan. Manakala, si fixed mindsetter ini pula akan marah-marah kepada syarikat penerbangan, dan melarat lalu marah-marah anda pula! Tidak perlu begitu bukan?

Kadang-kadang kita cuma perlu lari dari orang yang mempunyai tanda-tanda fixed mindset. Tapi manusia boleh berubah. Marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi seorang growth mindsetter untuk dunia yang lebih tenang dan aman.