[UMT] Pembukaan Skim Geran Penyelidikan Research Acculturation Collaborative Effort (RACE) Fasa 1/2012

1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian telah menawarkan Skim
Geran RACE Fasa 1/2012 bagi menjalankan projek-projek penyelidikan kepada
para penyelidik. Matlamat utama RACE ialah untuk meningkatkan peratus PI
melebihi 30%-40% dikalangan non-ru (Critical Mass) bagi menggerakkan
agenda penyelidikan negara DAN juga bertujuan untuk mencipta juara
penyelidikan non-RU sehingga 30%.

2. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan rangkaian kerjasama yang
lebih berkesan antara IPTA melalui program/projek penyelidikan usahasama,
perkongsian fasiliti penyelidikan dan kepakaran, ke arah meningkatkan
pembudayaan penyelidikan menerusi kerjasama Universiti Bukan-RU dan
Universiti RU. Seterusnya usaha ini adalah diharapkan dapat meningkatkan
output hasil penyelidikan multidisiplin, merangkumi penerbitan, penemuan
inovasi/IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya.

3. Sehubungan itu, permohonan ini dibuka kepada semua warga
penyelidik/pensyarah UMT berjawatan DS52/51 dan ke bawah.

4. SYARAT DAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN:

i. Kertas cadangan yang mantap dan menepati kriteria penyelidikan
fundamental

ii. Projek yang dicadangkan mempunyai kerjasama penyelidikan antara
Bukan-RU (sila rujuk kepada “senarai kepakaran” dan “penyelidik pakar” di
RU yang di laman web: http://rmic.umt.edu.my)

iii. Kos yang dipohon tidak melebihi RM50,000.00 dengan tempoh
penyelidikan maksimum sehingga 3 tahun sahaja.

iv. Borang permohonan, Garis Panduan dan Directory of Experts (RU) boleh
dimuat turun melalui laman web: http://rmic.umt.edu.my.

5. TARIKH-TARIKH PENTING:

5.a –> Penghantaran Permohonan ke RMIC (sebelum atau pada 9 Ogos 2012)

Satu salinan permohonan yang lengkap dengan cv ketua projek dan penyelidik
bersama secara hardcopy dan softcopy. Bersama-sama ini juga dilampirkan
borang permohonan dan garis panduan
untuk tindakan selanjutnya.

5.b –> Pemilihan Proposal Peringkat Universiti (13 Ogos 2012)

Satu Jawatankuasa Mesyuarat Pemilihan akan diadakan bagi memilih 10
proposal yang dianggap terbaik dan berkualiti untuk dimajukan
ke KPT. Jawatankuasa Pemilihan adalah terdiri dekan dan/atau wakil-wakil
setiap fakulti. Fokus utama UMT dalam menjayakan agenda RACE UMT adalah
untuk meningkatkan bilangan PI (Ketua Penyelidik) dan mencipta bakal-bakal
Juara Penyelidik (Research Champion).

Kriteria Juara Penyelidik Non-RU yang digariskan oleh pihak penganjur
adalah sepertimana berikut:
~Research Leaders
~Team Player
~Role Model
~Research Reference Point
~Excellent Research Track Record

p/s: Permohonan daripada penyelidik yang telah mencapai tahap juara
seperti yang digariskan diatas adalah tidak akan dipertimbangkan.

5.c –> Penambahbaikan 10 Proposal terpilih : sehingga 25 Ogos

5.d –> Semakan dan pengesahan peringkat UMT : sehingga 27 Ogos 2012

5.e –> Penghantaran ke KPT : 28 Ogos 2012

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s